macam nak terbalik rumah. Lepas itu ditambah dengan muntah tiga kali!!!
Selepas "berbulatan ceria" ku dapatkan rawatan segera di Klinik Azhar, Changkat Jering.
Syukur..
Ini perbualan rengkasku dengan doktor, selepas mengambil BP ku.
Tok Jan: Saya ada darah tinggi kah doktor?
Doktor. : Tak ada...
Tok Jan : Kemungkinan saya ada masalah / sakit apa?
Doktor : Mak cik bekerja?
Tok Jan: Saya guru.
Doktor : Stressss ...kot!
Selepas menyerahkan wang RM20.00, pembantunya bekalkan ku 2 jenis ubat .
Ubat tahan pening dan tahan muntah...
Selepas Jannah dan Yan balik ku teringin pulak nak makan kek oren....Orang tua- tua
kata 'pahit mulut'..
Sebelum Asar dalam pukul 3.30 ptg...Zoomm ke dapur.
Siapkan bahan:
- Tepung 2 cawan di ayak.
- Gula 1 cawan
- Butter 1 cawan
- susu pekat 3 sb bancuh dengan 1/4 cawan air.
- oren sunquick 3 -5 sb ( ikut selera) masing- masing.
- telur 4 biji
- esen perasa oren
metod:
* Panaskan oven, 175cel.
*. Pukul mentega dan gula sampai gebu.
*. masukkan telur sebiji- sebiji sambil diadun lagi.
*. masukkan esen oren.
*. masukkan tepung selang- seli dengan susu.
*. Last skali masukkan sunquick. kacau sebati.
*. Bakar sampai masak, api atas bawah. Ikut oven masing- masing.
Yeay...dah masak. Alhamdulillah.
Jom rasa..
Dah kedengaran azan solat Isya'...Ku nak berundur dulu...Jom solat....
Salam sayang daripada Tok Jan 8.30 mlm.
No comments:
Post a Comment