16/ Zulhijjah, 1434. 21/10/13. (Isnin)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اَلْحَمْدُلِلّهِ Bertambah sehari lagi usiaku...
Pukul 6.00 petang tadi teringin nak berbuka dengan bengkang roti...
Here we go...
Bengkang roti
Bahan- bahannya:
- Roti Gardenia 5 keping potong 4 setiap keping.
- Tepung gandum 1 cawan
- Gula pasir 1/2 cawan
- Mentega 1 sb
- Telur 2 biji
- Susu cair 1 cawan
- Susu pekat 1/4 cawan @ kurang sikit
- Esen vanila
- Air masak 2 1/2 cawan
- Lenga di goreng tanpa minyak hingga kekuningan ( optional)
Metod
*. Blend gula dan telur.
*. Masukkan susu cair, susu pekat , air, esen dan mentega. Blend lagi.
*. Masukkan roti. Blend.
*. Masukkan tepung, terus blend lagi.
*. Masukkan dalam pelengat , bakar 40 minit @ hingga masak.
Oh ya hari ini. 21/10/13 hari ulangtahun perkahwinan anakanda Siti dan Mior Hasif yg
ke12. اَلْحَمْدُلِلّهِ.
9.15 malam.
No comments:
Post a Comment