Thursday, October 24, 2013

Hari- hari ku lalui dulu dan kini.

19/ Zulhijjah, 1434.   24/10/13.  ( Khamis)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اَلْحَمْدُلِلّهِ Syukur Ya Rahman Ya Rahim kerana Dikau masih memanjangkan 
usiaku yang dah mencecah 57 tahun ini. 

Hari ini ku hadiri kursus LADAP 'SPS' di Bilik Gerakan  SK Simpang.
Lepas solat Zohor terus ku cuba LOG MASUK ..
http://sps.1bestarinet.net/SPS /cms/login.jsp
Ini muncul..
               
Tunggu punya tunggu...tidak dapat log in..ku bosan !
Lalu selepas solat Asar terus ku mengarahkan Jannah bersiap- siap untuk ku hantar pulang ke rumah sewa di Kuala Kangsar. Kesian Jannah jadi yatim sejak berumur 6 tahun. 


Keutamaan Menyantuni Anak Yatim

Dari Sahl bin Sa’ad radhiallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِى الْجَنَّةِ هكَذَا »  وأشار بالسبابة والوسطى وفرج بينهما شيئاً

Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di surga seperti ini”, kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, serta agak merenggangkan keduanya.


Ku terbayangkan hadis nabi  
 Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)


Minyak  Honda City ku dah nak nazak so kami singgah Shell Simpang isi minyak dulu.

Kami melalui Padang Rengas. 
Singgah di Pasar malam Padang Rengas.

Singgah di gerai nasi kerabu.

Ku beli tiga bungkus RM10.00. Lauk ayam, telur masin dan solok lada. Nasi kerabu saya tanpa solok lada dan telur masin. Saya kurang minat. 

     Oh ya baru saja ku  berbuka tadi dengan nasi kerabu ini.

Tapi tak boleh lawan lah nasi kerabu Pasar Khadijah Kota Baharu.

     Ini nasi kerabu kawww punya versi Pasar Khadijah!  Ku menjamu selera dengan 

    nasi ini semasa menziarahi anakanda Sakinah di UMK pada bulan Mei lalu ( 28- 30 Mei).

    Gerai ini menjual beranika air dalam pelbagai warna.Air soya cincau,asam boi, carrot susu,

     jambu batu dan macam-macam lagi. Kami tak beli pun.

    Gerai ini pulak ..menjual pelbagai saiz udang. Dihujung sekali sebelah sana udangnya

    RM50 sekilo. Ikan dan kerang pun ada..


Teruskan pemanduan ...Dah sampai rumah sewa Jannah.

Konsep surau katanya...Ini banyak saf boleh buat kalau solat jemaah ....Samalah macam

rumahku ....

Dah letih ..mohon berhenti disini dulu...

salam sayang daripada Tok Jan

11 malam. 







No comments:

Post a Comment