Friday, October 25, 2013

Hari- hari ku lalui dulu dan kini

 20/Zulhijjah, 1434.   25/10/13.   ( Jumaat)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اَلْحَمْدُلِلّهِ.  Ku diberi peluang bertemu  lagi dengan Jumaat , penghulu segala hari.
         
اَلْحَمْدُلِلّهِ.    Selepas Subuh pagi tadi ku sempat membaca Alkahfi dan diizinkan Allah solat 
Sunat Dhuha dibilik Disiplin, SK Simpang.


Hari ini PM Najib akan membentangkan Bajet 2014.


Budget 2014 Highlights / Summary:


1) Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) to be increased from RM500 to RM650.  Applicants must have household income of less than RM4,000 to be eligible for cash aid.

2) 1Malaysia Book Voucher Program (BB1M): RM250 for each student.

3) Bantuan Persekolahan of RM100 continues.

4) To implement 2nd phase of High-Speed Broadband (HSBB) in collaboration with private sector involving RM1.8bil investment. This is expected to provide more coverage in urban areas, benefiting 2.8 million households. Internet speed will be increased to 10 Mbps.

5) Projects to be implemented include 316-kilometre West Coast Expressway from Banting to Taiping as well as double-tracking projects from Ipoh to Padang Besar and later from Gemas to Johor Baharu.

6) Government will create a Night Market Traders Entrepreneur Scheme with an allocation of RM100 million under Bank Simpanan Nasional.

7) RM500 one-off incentive to Private Retirement Scheme (PRS) contributors with a minimum cumulative investment of RM1,000 within a year.

8) Implementation of 6% GST (Government Service Tax) from 1st April 2015.

9) Tax reduction for households RM4,000 income and below. No income tax for Households with income of RM4,000 per month and below.

10) Government to double contribution to 1Malaysia Retirement Savings Scheme from RM60 to RM120, per person, a year.

11) 50 new 1Malaysia Clinics in 2014, 6000 new nurses to be trained and RM3.3 billion allocated to providing the best medical supplies to public healthcare institutions.


اَلْحَمْدُلِلّهِ    Penjawat Awam  dapatlah bonus  1/2 bulan gaji. Bolehlah ku manambah tabungan di Tabung Haji. Tahun depan ku akan bersara kenalah mengurus keewangan dengan 
lebih berhemah. 

Oh ya 26- 27 Oktober ini ku akan hadir program Pemantapan Tarbiyyah Tamhidi 
 dan Muayyid  diIpoh.
Beg dan bekal termasuk ubatan dah sedia.
Semoga Allah memudahkan urusan ku esok.

Setakat ini  dulu, salam sayang daripada Tok Jan.  
     9.30 malam                    




Thursday, October 24, 2013

Hari- hari ku lalui dulu dan kini.

19/ Zulhijjah, 1434.   24/10/13.  ( Khamis)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اَلْحَمْدُلِلّهِ Syukur Ya Rahman Ya Rahim kerana Dikau masih memanjangkan 
usiaku yang dah mencecah 57 tahun ini. 

Hari ini ku hadiri kursus LADAP 'SPS' di Bilik Gerakan  SK Simpang.
Lepas solat Zohor terus ku cuba LOG MASUK ..
http://sps.1bestarinet.net/SPS /cms/login.jsp
Ini muncul..
               
Tunggu punya tunggu...tidak dapat log in..ku bosan !
Lalu selepas solat Asar terus ku mengarahkan Jannah bersiap- siap untuk ku hantar pulang ke rumah sewa di Kuala Kangsar. Kesian Jannah jadi yatim sejak berumur 6 tahun. 


Keutamaan Menyantuni Anak Yatim

Dari Sahl bin Sa’ad radhiallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِى الْجَنَّةِ هكَذَا »  وأشار بالسبابة والوسطى وفرج بينهما شيئاً

Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di surga seperti ini”, kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, serta agak merenggangkan keduanya.


Ku terbayangkan hadis nabi  
 Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)


Minyak  Honda City ku dah nak nazak so kami singgah Shell Simpang isi minyak dulu.

Kami melalui Padang Rengas. 
Singgah di Pasar malam Padang Rengas.

Singgah di gerai nasi kerabu.

Ku beli tiga bungkus RM10.00. Lauk ayam, telur masin dan solok lada. Nasi kerabu saya tanpa solok lada dan telur masin. Saya kurang minat. 

     Oh ya baru saja ku  berbuka tadi dengan nasi kerabu ini.

Tapi tak boleh lawan lah nasi kerabu Pasar Khadijah Kota Baharu.

     Ini nasi kerabu kawww punya versi Pasar Khadijah!  Ku menjamu selera dengan 

    nasi ini semasa menziarahi anakanda Sakinah di UMK pada bulan Mei lalu ( 28- 30 Mei).

    Gerai ini menjual beranika air dalam pelbagai warna.Air soya cincau,asam boi, carrot susu,

     jambu batu dan macam-macam lagi. Kami tak beli pun.

    Gerai ini pulak ..menjual pelbagai saiz udang. Dihujung sekali sebelah sana udangnya

    RM50 sekilo. Ikan dan kerang pun ada..


Teruskan pemanduan ...Dah sampai rumah sewa Jannah.

Konsep surau katanya...Ini banyak saf boleh buat kalau solat jemaah ....Samalah macam

rumahku ....

Dah letih ..mohon berhenti disini dulu...

salam sayang daripada Tok Jan

11 malam. 







Tuesday, October 22, 2013

Hari- hari ku lalui dulu dan kini

17/ Zulhijjah, 1434.  22/10/13.   (Selasa)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Another day has gone....
اَلْحَمْدُلِلّهِ.  Bertambah usia ku sehari lagi...

Sejak kelmarin,  sibuk mengemaskini SPPBS  secara on- line  untuk Tahun Satu Bestari,
 Satu Dedikasi dan Satu Fatan SK SIMPANG.
اَلْحَمْدُلِلّهِ.  Petang tadi dah selesai...
         SPPBS.   On- line....
      Tahun Taksiran 2013.   Pilih bulan, Tahun, Kelas dan Subjek.

        Ini senarai muridku Tahun  1 Bestari 2013.

Dah tua- tua ni sakit juga pinggang duduk mengadap benda ini... Ku gagahi juga demi tugas.


      Tak lama lagi Pak Su Aqeem pula akan menghadapi  cabaran SPM! 2013.
Anakanda ku titipkan doa ini buatmu...

Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).

doa minta anak pandai
.

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79

Perkenankan lah doaku untuk anak- anaku yang sedang belajar..., 

Udin, Enah, Jannah dan Aqeem. Ameen.

Ya Rahman Ya Rahim ampunilah segala kesalahanku dulu kini dan akan datang.

Salam sayang daripada Tok Jan.

9.15 malam.


Monday, October 21, 2013

Hari- hari ku lalui dulu dan kini

16/ Zulhijjah, 1434.     21/10/13.  (Isnin)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Another day has gone....
اَلْحَمْدُلِلّهِ  Bertambah sehari lagi usiaku...

Pukul  6.00 petang tadi teringin nak berbuka dengan bengkang roti...
Here we go...

          Bengkang roti

Bahan- bahannya:

-   Roti Gardenia 5 keping potong 4 setiap keping.
-   Tepung gandum 1 cawan
-    Gula pasir  1/2 cawan
-     Mentega 1 sb
-     Telur 2 biji
-     Susu cair 1 cawan
-     Susu pekat  1/4 cawan @ kurang sikit
-     Esen vanila
-     Air masak  2 1/2 cawan
-     Lenga di goreng tanpa minyak hingga kekuningan ( optional)


Metod
*.  Blend gula dan telur.
*.   Masukkan susu cair, susu pekat , air, esen dan mentega. Blend lagi.
*.  Masukkan roti. Blend.
*.  Masukkan tepung, terus blend lagi.
*.  Masukkan  dalam  pelengat , bakar 40 minit @ hingga masak.
Lembut dan sedap...



Oh ya hari ini.   21/10/13 hari ulangtahun perkahwinan anakanda Siti dan Mior Hasif   yg 
ke12.       اَلْحَمْدُلِلّهِ. 
                        
Semoga pelayaran rumahtangga anakanda berdua bertambah ceria dengan 
kehadiran anak  kelima  pada  12/10/13 yang lalu. 
Kebahagiaan yang dikecapi diharapkan berkekalan hingga kesyurga.

                                                   


Apa namamu sayang?

Bertambah gamatlah dengan abang - abang  macho ini.....


Sekian daripada Tok Jan.
9.15 malam.




   


Sunday, October 20, 2013

Hari- hari ku lalui dulu dan kini.

20/10/13
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ku terima foto yang cun ini ...Anakanda Ct whatsapp.
Boboi5  katanya...

Lapar sangat balik hantar Jannah tadi pekena kek marble yang ku buat  Jumaat lepas.
resepinya:
 ***Untuk perhatian  Ct, Ayuh, Dayah...

Kek Marble Nescafe

Bahan- bahannya:
tepung 2 cawan diayak dahulu. ( umi guna tepung Blue key..self raising flour)
mentega 1 cawan
gula  1 cawan
Telur 4 biji
nescafe 1 sudu besar bancuh dgn  3 sb air panas 
Susu pekat 3sb bancuh  1/4cawan air panas
Esen vanila 1 sk

Metod:
  *. panaskan oven ke 175c
  * Pukul gula dengan mentega sampai gebu.
   * Masukkan telur sebiji- sebiji.
   * Tambah esen.
    * Masukkan tepung sedikit- sedikit selang seli dengan susu pekat sampai habis.
    * Bahagi adunan dua bhg. 1 bhg adunan asal. 
    * 1  bhg lagi campur dgn bancuhan nescafe tadi.
    *. Masukkan kedalam loyang selang seli dengan adunan asal dan yang dicampur
       dgn nescafe sampai habis.
    * Bakar sampai masak lk 40 minit ikut oven masing- masing.
Minum Minum petang dengan air masak atau teh o panas memang mabeles.
Cuba tau resepi mudah ni...

Salam sayang drp Tok Jan

6.15 ptg.

Saturday, October 19, 2013

Hari-hari ku lalui dulu dan kini.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

15/Zulhijjah, 1434.     (20/10/13)    Ahad

     Another day has gone..   اَلْحَمْدُلِلّهِ  . Bertambah  umurku sehari lagi.

      Pagi ini cuaca redup  dan ' cool ' maklumlah  semalam  hujan seharian...
  
                  
            
                                 Hujan yang membawa rahmat dan barakah...


    Badan rasa seram sejuk lalu saya kedapur bancuh secawan colagen.

    Hampir pukul 8.30 pagi, perut dah mula berkeroncong. 
   Nak makan apa untuk sarapan ye?  Teringin nak makan nasi lemak tapi santan tak ada.
   Ya... Nasi lemak guna susu cair. 
     Tanak macam biasa cuma ganti santan dengan susu cair.
.Alhamdulillah, ku bersarapan dengan nasi lemak, telur dadar dan secawan Teh Sabah.

Tengahari nanti selepas solat Zohor nak hantar Cik Jannah balik Kuala Kangsar.

                    
                       Cik Jannah yang manis...


Salam sayang daripada Tok Jan
   10.15 pagi.