Friday, September 13, 2013

Hari-hari yang dilalui....dulu dan kini.....

7, Zulqaedah 1434 .  Jumaat.  (13, September, 2013)

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan daku terus menghirup udara segar, nyaman dan cool, di Simpang ini.

Pagi tadi lepas  solat Subuh, hati berbolak balik samada nak pergi sekolah atau mohon CRK.
Selsema tiba- tiba menyerang ganas, bertalu- talu daku bersin. "Haaasyimmm," spontan keluar 
dari mulutku beberapa kali. Ahhh ...sungguh daku tidak selesa.
Dalam hati pelan- pelan daku berdoa supaya Allah menolongku membuat keputusan.
Akhirnya  daku mencapai sepasang baju kurung yang siap bergosok dari dalam almari
terus menyarungnya kebadan. Calit bedak ke pipi ala kadar, dan ku berbisik pada diri sendiri 
"Tok Jan jom ke sekolah." 
Bawa bekal bengkang tepung gandum yang ku buat petang semalam. 

No comments:

Post a Comment