Sunday, September 15, 2013

Hari-hari yang ku lalui dulu dan kini....

9 Zulkaedah, 1434. ( Ahad)

   بسم الله الرحمن الرحيم
Asalam.

Pejam celik pejam celik dah tiba bulan September!   Bagi ibubapa yang ada anak kelahiran tahun 1996
tentu berdebar- debar.....tak lama lagi anak- anak  'kita'  termasuk putera bongsuku akan menghadapi 
SPM 2013.

Pak Su Aqeem sentiasa cool...........


Petang tadi  ku layan lebai google , nak mencari Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2013.
SPM  akan bermula pada 6 November dan berakhir 5 Disember, 2013.
Ku terus cetak....


Kemudian ku highlight  subject yg akan diambil oleh Pak Su Aqeem nanti.



  Tiada yang mustahil!


 
Bertenang.....tapi jangan relax lebih- lebih......

Oh ya study kena smart....
*.   Ingat Allah selalu ...
*.   Solat awal waktu.
*.   Study ikut waktu.
*.    Berdoa  sangat perlu.
*.    Bertawakkal  selalu.

Salam . Tok Jan. 
10.30 mlm.


No comments:

Post a Comment