Wednesday, December 19, 2012

Pengalaman yang dikutip.......

Alhamdulillah , syukur kepada Allah pada tanggal 12/12/12 kami selamat mendarat di
LCCT, Terminal , Sepang.

Terima kasih kepada Umi Khadijah dan Cik Nadia kerana banyak membantu memudahkan urusan kami sepanjang permusafiran kami di Sabah Negeri Dibawah Bayu.

Renungan....

1 Kepada ketua rombongan anakanda Mohd Hasif diucapkan syabas , permusafiran
berjalan lancar dan licin.

2. Semua ahli rombongan sangat berdisiplin, saling bantu membantu dan tidak mementingkan
diri sendiri sahaja.

3. Kepada cucunda-cucunda Ammar, Afnan dan Adib terima kasih kerana setia menjadi
pembaca doa sebelum makan dan ketika naik kenderaan sepanjang permusafiran.

4. Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik. Surah Ar Rum ayat 42.

5. Semoga Allah mengurniakan kita pahala diatas permusafiran ini.






No comments:

Post a Comment