Puteriku yang seorang ini sangat manja masa kecil dulu, walaupun dia dah ada dua orang adik.
Dilahirkan kealam maya 21 tahun yang lalu , species Ci Noni....kecil dan comel ...
Sakinah melambangkan ketenangan , semoga empunya diri tenang menghadapi kuliah di UMK, Pengkalan Chepa.
Rajin mengemas rumah, sapu sawang dan yang paling diminati mop lantai....hahaha.
Kalau Sakinah ada kat rumah memang berkilat lah dapur ku. Memang puas hati!
Apa??? Memasak....tak berapa minat, goreng, ayam dan telor tu lepaslah.....
Satu lagi hobi Sakinah mengumpul kasut dan beg tangan . Betol! Kalau tak percaya tanya
kekanda- kekanda dia Siti, Ayuh dan Dayah.. Melaram sakan...
Panggilan kat rumah dan seluruh pelusuk Malaysia ialah Inah. Ok Inah, setakat ini dulu..
Apa- apa pun Umi sayang Inah....semalam, hari ini dan bila- bila.
Jom layan foto Inah
No comments:
Post a Comment