Wednesday, November 28, 2012

Waris. (05)

Muhammad Taqiuddin adalah anakandaku yang kelima dan putera ke dua dalam keluarga.
Dilahirkan pada 11 Ogos, 1988 di Hospital Taiping. Ahli keluargaku yang lain panggil Udin saja.Semasa kecil nakal bangat si Udin ni.

Sportsman sejak dibangku sekolah lagi. Aktiviti lasak seperti abseiling, mendaki bukit atau apa saja yang lasak-lasak memang hobi nya nombor wahid......
Selain daripada itu melancung dan mengembara melihat negeri orang menjadi pilihannya tika bercuti. Setakat ni dengan izin Allah telah berpeluang ke Beijing, Indonesia dan Singapura.

Alhamdulillah buat masa ini dialah 'Pak Supir' ku untuk kedestinasi yang agak jauh.....
Raut wajahnya macam Mat Bangla. Keturunanku sebelah emak memang berasal dari Sri Langka.
Itu pun dah berapa generasi ! Agaknya darah mamak menurun kepada Udin.

Alhamdulillah Udin sudah pun memiliki pekerjaan tetap di Pejabat Tanah Cameroun Highland.
Gigih mengikuti PJJ di Uitm Sungai Petani sejak tahun 2010.
Semoga sukses selalu. Rajin- rajinlah solat berjemaah dimasjid ya anakada Udin?

Jom layan foto- foto Udin...
































No comments:

Post a Comment