Selepas melahirkan puteriku Siti agak lama juga daku berehat.....dari alam ' mak buyung.'
Kedua anakanda ku sebelum ini dilahirkan di Kelantan.
Penghujung tahun 1983 daku dan keluarga berpindah dari Kelantan ke Perak.
Ketika itu banjir besar melanda Kelantan. Daku bersama allahyarham suami beserta kedua anakanda Firdaus dan Siti terpaksa menumpang dirumah sepupu yang bertugas sebagai polis di Balai Polis Tanah Merah. Perkakas dapur seperti peti ais, oven serta periuk belanga ditenggelami air.
Adoilaa...daku pula masa itu sarat mengandungkan Siti Nurul Fairuz anakanda ketiga.
Dalam keadaan memboyot daku gagahi jua memanjat trak askar untuk dipindahkan ketempat selamat.
Alhamdulillah pada tanggal 10 March, 1984 daku selamat melahirkan seorang bayi comel,
dirumah guru Bukit Gantang.
Anakanda Fairuz telah berumahtangga dengan jejaka pilihannya Irwan.
Kini anakanda Fairuz dan Irwan telah bergelar ayah dan ibu kepada 2 orang anak perempuan
Sumaiyyah dan Alya.
Rindu pulak Tok Jan pada kalian!
Nanti senang- senang balik Simpang ye?
Jom layan foto- foto mereka...
No comments:
Post a Comment