Thursday, November 29, 2012

Suamiku ke Gaza lagi.....

Semalam, 29, November, 2012, suamiku Dr Selamat Aliman bersama dengan rakan BOT Aqsa Syarif Dr Fauziah Hassan dan Pengerusi Aqsa Syarif Dr Hafidzi telah berlepas ke Gaza bagi
menyempurnakan misi terbaru Aqsa Syarif AQSA2GAZA 10 Emergency Relief 2012.

Ya Rahman Ya Rahim Engkau peliharalah ahli rombongan misi ini. Permudahkan segala urusan mereka disana. Semoga semangat kegigihan mereka akan terus membangkitkan kesedaran terhadap kesengsaraan saudara kita di Gaza. Takbeer ...Allahuakbar Allahuakbar. Allahuakbar.









Warisku (08)

Ahhh ......akhirnya sampai lah penulisanku ke warisku (08).

Ini confirm anakku yang paling bongsu. Aqeem , itulan nama timang- timangnya sejak bayi.
Ada juga rakan- rakan karibnya panggil Mus saja.

Bergelar anak yatim sejak berusia empat tahun lagi. Itulah ketentuan ilahi.
Pada tahun 1995, ketika tengah mabuk- mabuk mengandungkan puteraku ini, daku dan allahyarham suami diizinkan Allah ketanah suci mengerjakan umrah. Kami juga sempat ziarah Jordan, sambil melawat Masjidil Aqsa.

Alhamdulillah, kandungan saya selamat , tiada apa- apa aral yang menimpa, walaupun terpaksa terbang beribu batu, berada dalam pesawat agak lama juga.
Dengan perancanaan Allah, bayiku ini lahir pada tanggal 10, Zulhijjah tahun 1417 bersamaan dengan jatuhnya Hari Raya Qurban. Tarikh lahir yang istimewa kan?

Kini anak bujangku ini dah pun berusia 16 tahun. Aqeem sekarang menuntut di SMKA Krian.
InsyaAllah tahun 2013 akan menduduki SPM pulak. Mari sama- sama kita doakan kejayaannya.
Aqeem sudah memiliki motor.
Sejak memperolehi lesen ini agak ligat dia kesama kemari. Bermotor ke Ipoh dan Manjung
dan kedestinasi lain yang yang boleh tahan jauhnya.
" Dunia ana yang punya, " begitulah lagaknya. Tapi bagiku bagus juga, nak suruh beli barang, senang.

Harapanku agar Aqeem akan dapat mengikut jejak langkah almarhum ayahandanya, menitik beratkan solat berjemaah dimasjid. InsyaAllah Aqeem boleh buat kan.....
Umi, ayah Selamat, abang serta kakakmu semua sayang Aqeem, ok?
Semoga Aqeem sukses selalu, beruntung dunia dan akhirat. Ameen

Tenung-tenunglah foto santai Aqeem dibawah coretan ini ya?































Warisku (07)

Waris 07 bukan 007, bukan, bukan, bukan.. Tapi tahap ' cool' dia ni lebih hebat lagi daripada
James Bond Roger Moore, watak spy 007 tu. Hehehe...

Ini intro puteri bongsuku Nurul Jannah, bukan bermakna yang terakhir tau....
Cuma susunan terakhir dalam senarai anak perempuan. Bergabung menjadi ahli keluargaku pada tanggal 7 Jun,1994. Kira-kira setahun setelah daku dan allahyarham suami kembali dari
menunaikan haji.

Komen apa saja, Jannah tetap cool....Marah atau berleter telinga dia memang terpasang
alat kalis bunyi kot!!! Jawapan stereotypenya ialah...
" Nanti Jannah buatlah."
" Esok Jannah pergilah."
" Tak pa, tak pa nanti Jannah makanlah."

Tapi ada satu perkara yang daku amat suka ( like like like) macam dalam fb pulak ya?
Kalau saya berpuasa sunat ( Isnin dan Khamis) Jannah akan siapkan nasi panas, sup panas dan teh 'o' panas kegilaanku.....kik kik kik. Memang terangkat, berpeluh- peluh !
Mana tidaknya, daku hentam 3 mug teh 'o' panas dan 'item' lain yang semuanya 'hot'!!!
"Terima kasih ya anakanda Jannah". Semoga Allah terima amal soleh mu ini nak!

Ketika menginjak usia enam tahun Jannah menjadi anak yatim setelah pemergian ayahanda
tercinta buat selama- lamanya....huhuhu...
Setelah menamatkan SPMnya di SM Teknik Sungai Petani 2. Jannah kini menyambung pelajarannya di Kolej Komuniti Chenderoh. Sekarang ada dirumah menghabiskan cuti semesternya.
Cukup setakat ini dulu. Umi sayang Jannah...
Jom kita layan foto - foto Jannah.




























Wednesday, November 28, 2012

Waris. (06)

Puteriku yang seorang ini sangat manja masa kecil dulu, walaupun dia dah ada dua orang adik.
Dilahirkan kealam maya 21 tahun yang lalu , species Ci Noni....kecil dan comel ...
Sakinah melambangkan ketenangan , semoga empunya diri tenang menghadapi kuliah di UMK, Pengkalan Chepa.

Rajin mengemas rumah, sapu sawang dan yang paling diminati mop lantai....hahaha.
Kalau Sakinah ada kat rumah memang berkilat lah dapur ku. Memang puas hati!
Apa??? Memasak....tak berapa minat, goreng, ayam dan telor tu lepaslah.....

Satu lagi hobi Sakinah mengumpul kasut dan beg tangan . Betol! Kalau tak percaya tanya
kekanda- kekanda dia Siti, Ayuh dan Dayah.. Melaram sakan...

Panggilan kat rumah dan seluruh pelusuk Malaysia ialah Inah. Ok Inah, setakat ini dulu..
Apa- apa pun Umi sayang Inah....semalam, hari ini dan bila- bila.
Jom layan foto Inah





















Waris. (05)

Muhammad Taqiuddin adalah anakandaku yang kelima dan putera ke dua dalam keluarga.
Dilahirkan pada 11 Ogos, 1988 di Hospital Taiping. Ahli keluargaku yang lain panggil Udin saja.Semasa kecil nakal bangat si Udin ni.

Sportsman sejak dibangku sekolah lagi. Aktiviti lasak seperti abseiling, mendaki bukit atau apa saja yang lasak-lasak memang hobi nya nombor wahid......
Selain daripada itu melancung dan mengembara melihat negeri orang menjadi pilihannya tika bercuti. Setakat ni dengan izin Allah telah berpeluang ke Beijing, Indonesia dan Singapura.

Alhamdulillah buat masa ini dialah 'Pak Supir' ku untuk kedestinasi yang agak jauh.....
Raut wajahnya macam Mat Bangla. Keturunanku sebelah emak memang berasal dari Sri Langka.
Itu pun dah berapa generasi ! Agaknya darah mamak menurun kepada Udin.

Alhamdulillah Udin sudah pun memiliki pekerjaan tetap di Pejabat Tanah Cameroun Highland.
Gigih mengikuti PJJ di Uitm Sungai Petani sejak tahun 2010.
Semoga sukses selalu. Rajin- rajinlah solat berjemaah dimasjid ya anakada Udin?

Jom layan foto- foto Udin...