Saturday, September 28, 2013

Hari- hari yang ku lalui dulu dan kini.


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

22 Zulkaedah   1434     (28/9/13).   Sabtu

Another day has gone...
Syukur Ya Rabb Dikau merezkikan usiaku sehari lagi...

Semalam ku bersama grup "Bulatan Ceria Tpg " berusrah diTaman Tasik Taiping.
Alhamdulillah komitmen ahli  sangat memberangsangkan!
Semoga Allah memberkati majlis kami...dan Malaikat Raqid mencatat yang
muluk- muluk dalam kitab catatan amal kami...
Ameen.


Selesai program ku hidangkan  home made cake asam manis kesukaanku...



Hari ini ' study' kononlah..haha.  Kursus UNDERSTANDING THE QUR'AN & SALAH 
The Easy Way...yang ku hadiri di UPM pada. 21/9/13 yang lalu.  
Ya Allah ku pohon sungguh- sungguh kehadhratMu supaya ilmu ini dapat ku 
kuasai dengan mudah....terangkan hati ini supaya ilmu senang masuk...
Ameen.

Salam sayang daripada Tok Jan...
6.45 petang.


Tuesday, September 24, 2013

Hari-hari yang ku lalui dulu dan kini...

18 Zulkaedah, 1434.     24/9/13. (Selasa)

بسم الله الرحمن الرحيم
السـلام عليكم ورحمة الـلـه وبركاته

Another day has gone.....
Syukur  Ya Rabb memberiku peluang sehari lagi menjadi hambaMu....

Hari ini  ku nak sembang fasal pisang.
Pisang adalah antara buah- buahan tempatan yang  ku minati...

Rupa- rupanya banyak khasiat pisang ni...

Jom kita sama- sama tengok...

Jangan pandang sebelah mata pisang yang ada bintik- bintik gelap 
( dark spots).  Pisang yang ranum dan mempunyai bintik- bintik yang lebih
gelap mengandungi kualiti anti kanser yang lebih baik.




faktur kebaikan pisang yang paling saya suka ialah ia dapat menambahkan
keceriaan dan kegembiraan!  

 Allah lah satu- satunya yang memberi rezeki:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah Pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezki kepada kamu dari langit dan bumi?” (QS. Fathir: 3)


Sampai disini dulu....

 

Salam sayang drp Tok Jan

10.50 malam










Sunday, September 22, 2013

Hari- hari yang ku lalui dulu dan kini....

16 Zulkaedah, 1434.  (Ahad). 22/9/13

Kelmarin 21/9/13 ikut Abg Selamat hadir kursus Bahasa Arab unt memahami Al Quran
di UPM.

Kursus ini amat padat...bermula dari 8.30 am hingga 7.oo pm.

Kandungan  kursus ialah :

Doakan ku dapat mendalami , memahami dan menguasai ilmu Allah ini  dengan jayanya...
Tolong doakan untuk ku ya.?


   Ini lah penceramah kursus Bahasa Arab yang ku turut serta  semalam..
 Dikelolakan oleh Tn Hj Radhi  dalam bahasa Inggeris dan bahasa melayu.



Aktivitiku sebelah malam setelah pulang dari kursus ialah meraikan anak, menantu dan 
cucu- cucu.. .oh meriah dan ceria sekali dengan gelagat Akhyar yang tak boleh duduk diam!

Ada kek coklat yang mabeles!!!

Kek  meraikan hari lahir yang sudah dan belum.....( Adib 5/9,  Abi 19/9 dan umi 2/10)
Rangkum semua sekali  .....ini mesti  umi Ct dapat idea dari "WAJIK" .....nikah  IKRAM
ramai- ramai  tu kan?

Turut meraikan ialah......


Anak beranak dari Manjung, Iwan, Ayuh, Damia , Alia dan Marissa.
Tak ketinggalan wakil dari Juru.....Dayah....
Anak menantu serta cucu dari Bangi yang diraikan ,Hasif, Ct dan Adib.
Ammar, afnan dan Akhyar.

Ini dia juadah kami yang sempoi....
Makanan ditaja oleh Tn Hj Hasif dan famili..hahaha
Pizza ....dan lain- lain ..lihat foto ye?

Semoga Allah memberkati dan mengeratkan silaturrahim kami semua...
Thank  you Allah for this wonderful  moment!

Salam sayang dari Tok Jan...

Wednesday, September 18, 2013

Hari- hari yang ku lalui dulu dan kini...

I3 Zulkaedah   1434 

بسم الله الرحمن الرحيم

السـلام عليكم ورحمة الـلـه وبركاته



Renungi kalam Allah ini.......( Asyura : 49).    لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاء يَهَبُ لِمَنْ يَشَاء إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاء الذُّكُورَ

Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia 
kehendaki. 

Dia memberikan  anak-anak perempuan  kepada sesiapa yang Dia 
kehendaki,


Dan memberikan anak- anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki

أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا وَيَجْعَلُ مَن يَشَاء عَقِيمًا إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki- laki dan perempuan kepada sesiapa yang
Dia kehendakiNya.
dan Dia menjadikan mandul siapa  yang Dia kehendaki, Sesungguhnya Dia
maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

Tazkirah malam ....

Salam sayang daripada  
Tok Jan. 11.00 malam



Hari- hari yang ku lalui dulu dan kini....

12, Zulkaedah, 1434.       (18 September, 2013)    Rabu

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Another day has gone.......

Syukur kehadhratMu Ya Rabb merezkikan  sehari lagi usia untukku...


Petang tadi balik dari sekolah ku  ternampak ini  dicampak oleh insan yang kurang 
" civic minded" didepan teratakku...

Alahai.......

Kotak rokok...
.Ku maafkan tapi  hati didalam  hmmmmm ...



Perut bukan main lagi berkeroncong!   Balik lewat sikit , hari ini ada koko.
Bermacam  menu bermain diminda...pong pang pong pang  bersilat akhirnya terhasil 
juadah  ini......

Sup suun dan telur, sambal tumis ikan bilis  ole- ole daripada Sabah, (credit to abang Selamat)
dan kerabu timun campur bunga kantan.....Wow ! 
Lauk pauk yang lebih boleh disimpan untuk juadah bersahur pagi esok kan?

Thank you Allah ....

Salam sayang daripada
Tok Jan.    8.45 malam




Tuesday, September 17, 2013

Hari- hari yang ku lalui dulu dan kini

11  Zulkaedah, 1434.       (17 September, 2013)    Selasa       

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Another day has gone.......

Syukur kehadhratMu Ya Rabb merezkikan  sehari lagi usia untuk Tok Jan.

Pagi tadi SK Simpang mengadakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan.

Riang sungguh murid-murid dan guru- guru mengibarkan Jalur Gemilang.

Majlis perpisahan untuk Cikgu  Ridwan b Jusuh PK 1  SKS  yang akan bertukar ke SK Jelutung diadakan selepas selesai majlis diatas.





Alhamdulillah, anakanda Nurul Hidayah  bakal  menjadi ibu tahun hadapan.  Biasalah alahan dan "morning sickness"  sering pula muntah- muntah dan hilang selera makan.

Tok Jan berwhatsapp Dengan Dayah  bertanya khabar...

Semoga Allah memeliharamu setiap waktu...Take care lv

Salam sayang daripada
Tok Jan. 5.00pm


Sunday, September 15, 2013

Hari- hari yang ku lalui dulu dan kini.

10 Zulkaedah, 1434.          (16/9/13) Isnin
   
            بسم الله الرحمن الرحيم

Asalam,
 Another day has gone.......

Syukur, kehadhratMu Ya Rabb menambah usiaku sehari lagi...

Pagi tadi sebelum pukul 7.00 ku sempat rakam suasana hening dan damai ini...
dari tingkat atas teratakku ..inilah hasilnya......Masih gelap....



Esok nak pakai baju baru..yeay !   Alhamdulillah kami berlapan dari Tahun 1 akan melaram esok nak rai sambutan penutup bulan kemerdekaan....


Merah, pink, hitam, kuning dan hijau.....ada batu lagi....meriah dan ceria gitew!

So elok kalau baca doa pakai baju baru kan....

Petang nanti nak hantar Pak Su Aqeem balik SMKA Krian...

Salam sayang dari  Tok Jan
11.15 pagi




Hari-hari yang ku lalui dulu dan kini....

9 Zulkaedah, 1434. ( Ahad)

   بسم الله الرحمن الرحيم
Asalam.

Pejam celik pejam celik dah tiba bulan September!   Bagi ibubapa yang ada anak kelahiran tahun 1996
tentu berdebar- debar.....tak lama lagi anak- anak  'kita'  termasuk putera bongsuku akan menghadapi 
SPM 2013.

Pak Su Aqeem sentiasa cool...........


Petang tadi  ku layan lebai google , nak mencari Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2013.
SPM  akan bermula pada 6 November dan berakhir 5 Disember, 2013.
Ku terus cetak....


Kemudian ku highlight  subject yg akan diambil oleh Pak Su Aqeem nanti.



  Tiada yang mustahil!


 
Bertenang.....tapi jangan relax lebih- lebih......

Oh ya study kena smart....
*.   Ingat Allah selalu ...
*.   Solat awal waktu.
*.   Study ikut waktu.
*.    Berdoa  sangat perlu.
*.    Bertawakkal  selalu.

Salam . Tok Jan. 
10.30 mlm.


Saturday, September 14, 2013

Hari- hari yang ku lalui dulu dan kini...

9 Zulkaedah 1434

                                    
Ku abadikan insan- insan  next of kin disini.....
                                 

     Salam dari  Tok Jan...

Hari- hari yang ku lalui dulu dan kini....

Another day has gone....
Salam dari Tok Jan ...

Alhamdulillah. Syukur kehadhratMu Ya Rabb mengurniakan sehari lagi umur untukku.

Pagi ni ditemani anak bujang bongsuku Pak Su Aqeem menikmati meehun goreng yang sempoi.




             Semalam sebelum tidor ku siapkan puding roti ini. 
            Jadi pagi ini ku gandingkan puding ini dengan meehun goreng.

Hari- hari yang ku lalui dulu dan kini...

Alhamdulillah syukur diatas semua kurniaan Allah kepadaku...

Pada 6/9/13 Jumaat,  puteriku Nurul Sakinah memandu buat julung- julung kalinya ke UMK, Kelantan.
Pemanduan bermula pukul 10 pagi. Dengan berkat doa semua yang perihatin, ayah, umi, ipar duai serta seisi keluarga Enah selamat sampai diUMK  kira- kira pukul 4 petang.

Tahniah! You have made it at last!

Salam ...TokJan. 7.30 pm.


Tak lupa juga .....kepada makhluk ini....Tq  Ukhti Kelisa!


Enah keletihan tetapi  masih mampu mengukir senyuman kelat...

Hari-hari yang ku lalui dulu dan kini....

Alhamdulillah ku menerima seorang lagi cucu perempuan pada tanggal  28/6/13,  Jumaat.
Sekarang ku mempunyai  sepuluh orang cucu,  enam putera dan empat puteri.
Tahniah kepada anakanda Mohd Irwan dan Ayuh kerana telah menjadi ayah dan ibu kepada  tiga 
orang puteri comel...Damia, Alia dan Marissa.

salam Tok Jan...

Marissa berkongsi tarikh lahir dengan Ayah long Firdaus.



Dibawah ini ...foto ayah ibu dan kekanda- kekanda Marissa.

Hari-hari yang ku lalui dulu dan kini....

Alhamdulillah,tahun ini ku menerima menantu anakanda Mohd Saifullah bin Abd Nasir orang Penang.

Majlis akad nikah berlangsung  pada 23 Mac, 2013 di masjid  Simpang. Syukur majlis berjalan lancar.

Didoakan puteriku Nurul Hidayah binti Azizan dan pasangannya diberkati serta hidup rukun dan damai hingga ke syurga. Ameen.



HARI-HARI YANG KU LALUI DULU DAN KINI.

8 Zulkaedah 1434 (14 September, 2013) Sabtu

Alhamdulillah, hari ini cuaca cool saja.

Pada 7/5/13 ku mendapat rezeki sebuah .........




Hp yang banyak berjasa selama ini ku serahkan kepada Pak Su Aqeem ( putera bongsuku).

Friday, September 13, 2013

Hari-hari yang dilalui....dulu dan kini.....

7, Zulqaedah 1434 .  Jumaat.  (13, September, 2013)

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan daku terus menghirup udara segar, nyaman dan cool, di Simpang ini.

Pagi tadi lepas  solat Subuh, hati berbolak balik samada nak pergi sekolah atau mohon CRK.
Selsema tiba- tiba menyerang ganas, bertalu- talu daku bersin. "Haaasyimmm," spontan keluar 
dari mulutku beberapa kali. Ahhh ...sungguh daku tidak selesa.
Dalam hati pelan- pelan daku berdoa supaya Allah menolongku membuat keputusan.
Akhirnya  daku mencapai sepasang baju kurung yang siap bergosok dari dalam almari
terus menyarungnya kebadan. Calit bedak ke pipi ala kadar, dan ku berbisik pada diri sendiri 
"Tok Jan jom ke sekolah." 
Bawa bekal bengkang tepung gandum yang ku buat petang semalam.