Alhamdulillah , syukur kepada Allah pada tanggal 12/12/12 kami selamat mendarat di
LCCT, Terminal , Sepang.
Terima kasih kepada Umi Khadijah dan Cik Nadia kerana banyak membantu memudahkan urusan kami sepanjang permusafiran kami di Sabah Negeri Dibawah Bayu.
Renungan....
1 Kepada ketua rombongan anakanda Mohd Hasif diucapkan syabas , permusafiran
berjalan lancar dan licin.
2. Semua ahli rombongan sangat berdisiplin, saling bantu membantu dan tidak mementingkan
diri sendiri sahaja.
3. Kepada cucunda-cucunda Ammar, Afnan dan Adib terima kasih kerana setia menjadi
pembaca doa sebelum makan dan ketika naik kenderaan sepanjang permusafiran.
4. Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik. Surah Ar Rum ayat 42.
5. Semoga Allah mengurniakan kita pahala diatas permusafiran ini.
Wednesday, December 19, 2012
A Trip To Labuan. (10/12/12)
Destinasi terakhir kami ialah Wilayah Persekutuan Labuan.
Menaiki speedboat dari Terminal Feri Manumbok ke Terminal feri Labuan , mengambil masa 25 minit saja. Melambung- lambung lah kami !
Alhamdulillah berpeluang solat di masjid Jami' An'nur.

A Family Trip To Sabah (6-12 Disember, 2012)
Kami sempat juga meninjau Pasar Tamu, di Jalan Gaya Kota Kinabalu.
Sebelah malam kami sempat makan malam di SInsuran nite market.
Singgah membeli ole-ole untuk dibawa pulang.
Berkesempatan membeli brooch mutiara yang menjadi kegilaan wanita, tua dan muda.
Harga sangat berpatutan kalau pandai seni tawar menawar dan kecek slang 'Sabah'sikit..
Mujur kami ada Nadia.....

A Family Trip To Sabah. (6-12 Disember 2012)
Sabtu 8/12/12
Kami sekarang berada di The Tip Of Borneo, Simpang Mengayau, 40 km dari pekan Kudat.
Subhanallah! Sungguh unik! Arus Laut Cina Selatan bercantum dengan Laut Sulu menjadi satu!
Ferdinand Mageland juga pernah singgah disini selama 43 hari kerana membaiki kapalnya yang rosak.
Sayang sekali kami tak sempat mandi disini, dah lewat petang...Airnya masyaallah jernih sungguh!
Kami sempat merendam kaki dan berwudu' . Solat Jama' Ta'khir disurau yang tak jauh daripada pantai.

Kami naik speed boat. Destinasi yang dituju ialah tiga pulau:
1 Pulau Sapi. 2. Pulau Manukan. 3 Pulau Mamutik
Semua penumpang mesti pakai life jacket.

A Family Trip To Sabah ( 6-12 Disember, 2012)
Jumaat 7/12/12
Sejuk......memang sejuk. Berkerut- kerut muka menahan air yang dingin tatkala berwudu'.
Seusai solat, kami berjalan kaki meninjau kawasan sekeliling. Pemandangan memang cantik
damai dan permai.

Tuesday, December 18, 2012
Monday, December 17, 2012
A Family Trip To Sabah. (6-12 Disember, 2012)
Hari Pertama 6/12/12 Khamis
Setelah mengalas perut direstoren Kota Marudu kami memulakan perjalanan yang agak jauh.
Jalannya bagai ular dipalu dan berbukit. First 'shopping spot' ialah di Nabalu.
Gerai Pekan Nabalu ini menjual buah-buahan, pakaian dan kraf tangan.
Opah sempat naik kemenara meninjau pekan Nabalu dari atas.
Sejuk tempat ini.
Setelah mengalas perut direstoren Kota Marudu kami memulakan perjalanan yang agak jauh.
Jalannya bagai ular dipalu dan berbukit. First 'shopping spot' ialah di Nabalu.
Gerai Pekan Nabalu ini menjual buah-buahan, pakaian dan kraf tangan.
Opah sempat naik kemenara meninjau pekan Nabalu dari atas.
Sejuk tempat ini.
A Family Trip To Sabah (6-12 Disember, 2012)
Hari Pertama 6/12/12 Khamis.
Nah van besar menunggu kami! Urvan 3.0. Ahli rombongan kami yang sebelas orang ni, memang muatlah, walaupun barang -barang kami membumbung juga!
Hello Urvan! Selamat berkenalan......
Nah van besar menunggu kami! Urvan 3.0. Ahli rombongan kami yang sebelas orang ni, memang muatlah, walaupun barang -barang kami membumbung juga!
Hello Urvan! Selamat berkenalan......
A Family Trip To Sabah (6-12 Disember, 2012)
Hari Pertama
Khamis 6/12/12 bersamaan 22 Muharram, 1434.
Alhamdulillah, kami tiba di airport LCCT Kota Kinabalu pukul, 9.30 pagi.
Kami disambut mesra oleh Umi Siti Khadijah dan Cik Nadia. Mereka sangat peramah dan baik hati. Mereka berdua bermurah hati memandu kami kedestinasi yang kami hajati.

Alhamdulillah, permusafiran ini diketuai oleh anakanda Mior Mohd Hasif.
Ahli rombongan yang veteren ialah Opah sendiri dan yang termuda ialah cucunda Mohd Akhyar
setahun lima bulan usianya.
Opah berlima dengan anak bujang dan dara dari Simpang, Perak. Kami bergabung di LCCT dengan puteri Opah dari Bangi bersama suami dan empat orang putera-puteranya.

Saturday, December 1, 2012
Mengutip durian seusai berbulatan gembira..
Alhamdulillah, pagi tadi daku bersama beberapa orang teman santai sekali mengutip buah durian dikebun sahabatku Noor Rehan. Riuh rendah kami terbongkok- bongkok memungut durian yang bergelempangan di atas rumput.
Kebun durian sahabatku ini agak luas juga. Sebelum itu kami berbulatan gembira hampir dua jam. Terima kasihlah,tahun depan jemputlah kami lagi ya?
Semoga pokok - pokok durian durian ini lebih ' galak' berbuah tahun depan. Ameen.....
Jom layan foto- foto santai dibawah ini...

Subscribe to:
Posts (Atom)